Friday 28 August 2009

25 Jun 2009

bismillah...

sambungan..

Dalam bilik puan Resort Manager (puan RM) terus dia cakap saya jangan nak resign..

saya kata, iya, saya takkan lama di sini kerana saya orang yang berpegang pada janji. Bila janji tidak ditunai, saya hilang kepercayaan. Bila tiada kepercayaan, tiada guna saya teruskan tugasan saya di sini.

Puan RM terus membawa saya ke Seremban bertemu bos. Mula2 dia masuk dulu, setelah beberapa waktu saya dipanggil masuk.

Di dalam, saya sekali lagi diberitahu bahawa janji akan ditunai hanya pada akhir tahun dan meminta saya bersabar. Tentang kesilapan LA saya, akan diperbetulkan dengan segera.

tapi, kenapa gaji dibagi 2 kepada gaji pokok dan elaun?
tak mau bayar EPF yang banyak?
mana bleh itu macam bos.. itu sudah tipu pekerja!!! rugi maa 12% ..
nak cut-cost pun, janganlah bos pergi potong hak pekerja.. itu sudah aniaya.. sampai bila2 hutang tu... bila mau bayar?!

nak cut-cost aaa... naper tak jaga perbelanjaan lain yang boleh dijimatkan tanpa aniaya sapa2?
ini... apasal bil air semasa tahun 2007 punya tiba-tiba boleh kena RM65 ribu ringgit?! bukan satu tahun, tapi untuk satu bulan!!! aiya... bos baik hati kah kasi JBA kaya? baik hati tak kena tempat la bos...
kalau saya jadi bos, saya kasi pecat itu maintenance department yang amik meter reading tiap hari dan jugak itu akauntan yang tidak peka!!
ammmaaa.... baru hari ke-2 masuk kelija. belum tengok banyak lagi... masyaAllah.... tak dapek den nak nolong doh....

Saya mengambil kesempatan menegur beberapa perkara yang kurang sesuai dipraktikkan dalam urusan kerja.
Antaranya, saya tunjukkan satu helai cek yang telah ditandatangani tanpa jumlah dan tiada penerima, yang dikeluarkan oleh Pengurus Akaun di seremban.
Kenapa? kerana.... jika berlaku perkara tidak dingini, seperti hilang atau orang yang membawa cek tersebut ditimpa kemalangan (nauzubillahminzaliq), alangkah malangnya jika cek itu jatuh ke tangan yang tidak bertanggungjawab..

kenapa bank in duit TUNAI RM23 ribu tapi dalam masa yang sama nak keluarkan TUNAI RM22 ribu?! nak senang urus rekod? rekod resit penerimaan dan rekod buku log tak boleh gunapakai ke untuk pengesahan duit keluar masuk?! atau cashbook tak pernah update?!
adui...?! adui.... tak takut kena hijack ke aper?!
alahai... bos.. bos...

Juga, sewaktu saya bertanya tentang kenapa masih guna perkhidmatan bank yang tidak memberikan kemudahan Overdraf atau pinjaman tetapi terlalu banyak peraturan yang mesti dipenuhi hingga menyusahkan pihak pengurusan, beliau memberi alasan, ialah atas sebab akaun yang sudah lama tidak diaudit!! Seorang pengurus akaun tidak boleh samasekali memberi alasan sesuatu kemudahan (fasiliti) tidak diperolehi disebabkan diri sendiri tidak menjalankan tugas!!!

Bos, reason ok, excuse no please...
bagi sebab saya boleh terima, bukan bagi alasan!
kalau saya ada pekerja begini, lama dah saya pecat! maaf saya berkasar.

macam-macam lagi saya cakap.. bos diam terpaku!

Monday 6 July 2009

25 Jun 2009

bismillah...

tadi malam saya buka envelop yang mengandungi LA saya. Sengaja saya tidak membukanya sewaktu menerima kerana tidak mahu kerja2 saya terganggu berakibat dari isikandungan LA tersebut.

seperti diduga, ada perkara2 yang saya tidak bersetuju.

apa ni boss?! masa interview janji lain, ni dah banyak sangat saya bertolak ansur ni... janganlah main2 dengan saya...

saya terima gaji yang lebih rendah ..dan saya terima jawatan saya kena downgrade.. tarapa boss.. saya tada kisah.. sebab saya belum pernah kerja di resort, jadi tarak tau apa2 pasal pengurusan resort pun.. tarak pa.. tapi, cakap biar serupa bikinlah boss... jangan main2.. jangan putarbelit...

saya rasa sangat terhina, susahlah itu macam.. hehehehe..

*****************************************************************
sepanjang satu jam perjalanan ke resort, saya terlalu emosi. selawat dan istighfar yang dapat mengurang tekanan dan menenangkan jiwa ketika ini.

tapi, airmata tetap mengalir deras.

saya punya prinsip. sukar untuk melanggar prinsip sendiri.

tiba di resort, saya cuba bertenang, cuba tersenyum dan buat lawak bodoh, saya beritahu pembantu saya mood saya tidak baik.
selang beberapa minit, tercegat seorang lelaki separuh abad di depan saya.
berdiri sambil memandang saya dengan wajah gusar dan takut2..
dia beri salam dengan takut2... dan hulur tangan..
maaf, saya ada wudhuk.. encik ni siapa? nak jumpa saya ke?
oh.. maaf.. saya en.A1. bahagian team building.. iya, nak jumpa puan..
.........................
oooo.... begitu..!! nak duit ya... lar... ok la.. bukan banyak pun... minta ina uruskan saja.. ambil duit hari jumaat petang, jadi mudah en.A1 uruskan budak2 teambuilding sabtu ni. tak kelam kabut dan bagi diaorang semangat untuk buat kerja dengan senang hati sebab kita dah siap duit untuk bayar upah mereka...

soal orang dulu susah nak release duit, tak apalah.. hal gitu bukan cara saya.

saya nak mudah kerja.. kerja saya, kerja tuan. tak perlu nak follow up banyak kali, menyusahkan semua pihak. yang penting, perkara yang boleh dimudahkan, kita mudahkan. bila saya dah mudahkan urusan tuan dengan saya, harap urusan saya dengan tuan juga akan mudah.. sama2 tolong menolong... boleh kan?!

lagi....
ada proposal?! menarik ... betul! belum ada di pantai barat lagi buat begini..

tapi, bos tak setuju? oooh.... tak apa, saya akan tolong buat kertas kerja lengkap. bila buat proposal, tak boleh bagi anggaran kos saja, kena ada anggaran keuntungan dan anggaran pulangan modal juga. juga cara bagaimana proposal itu berpotensi tingkatkan income syarikat. baru boss boleh buat keputusan.. contohnya, kita boleh buat public survey.

kena kerja lebih sikitlah.. nak bagi dia yakin dengan proposal yang dijangka menguntungkan resort.. insyaALLAH... kita boleh usahakan sama-sama...

sejujurnya, saya sangat suka orang yang banyak idea menarik yang praktikal.


tak lama, resort manager datang panggil saya masuk bilik.

bersambung...

24 Jun 2009

bismillah.....

hari pertama memulakan tugas.
sebelum ke Port Dickson, saya singgah di HQ di terminal one dahulu.
mengambil LA saya dan dokumen2 lain, duit tunai beribu ringgit dan kunci2 keselamatan resort. lamanya tunggu mereka masuk kerja..
boss pun dah masuk kerja dah..., staff masih kat rumah ke?!
hujan hingga jammed ye... saya ok je leh sampai awal..
apa kes akak2?!
orang2 bangsa kita ni tak leh amanah ke?! agama kita dah lengkap dah untuk mengatur hidup yang sempurna dan teratur.

saya sampai di resort hampir jam 11 pagi.
resort manager belum sampai.
mengira wang berpuluh ribu adalah perkara yang paling saya benci! melihat wang yang banyak saja sudah buat kepala saya berpusing.. banyaknya bintang!!!!
pembantu saya seorang yang berpewatakan baik. teringat saya kepada melizsa. ada ciri2 yang hampir sama.. tak banyak cerita dalam laksanakan tugas, malah hanya buat kerja sendiri tanpa sibuk hal orang, teratur dan kemas.
saya sangat terkejut bila dapati seorang pembantu yang bijak tidak tau tugas2 yang patut dijalankannya! kerja2 yang diberikan kepadanya oleh akauntan terdahulu hanya terhad kepada filing dan keluarkan inbois!
keluarkan inbois?! kenapa jabatan akaun pula? kan ada jabatan jualan?! hmm.... apa sudah kelam kabut kaa....?! patutlah.....

memandangkan otak dan mata saya sudah nampak banyak bintang sewaktu mengira denomination (wang ringgit dan sen), tugasan menjaga wang dan petty cash saya terus serahkan kepada pembantu saya. biar dia pegang n tengok duit.

namun, saya ingatkan dia bahawa saya akan mengajar setiap perkara tidak lebih dari 3 kali. sekiranya masih tidak faham, jawapan keempat kali dia akan dapat perkataan "BODOH"!

Alhamdulillah, dia sangat pintar. saya tak perlu buang banyak masa untuk membimbing dia... rasanya nanti saya akan tukar dia ke bahagian HR pula.. lebih sesuai untuk seorang yang memiliki diploma hotel management dari UiTM! kasihan dia.. tersepit bertahun-tahun tanpa dapat menimba banyak pengetahuan.

satu persatu permasalahan di bawa ke depan saya! alamak! aku baru kerja lar akak2, adik2, abang2!!! tak kesian ke? kang lari la kang... padan muka..
sales dept kehilangan department head.
kasihan effi... hmm....
team building, muka pucat semacam nape encik?

beberapa jam sibuk di pejabat saya, cik puan resort manager datang.
bawa saya ke bilik, dan sambung permasalahan semalam..
lagi2 staff attitude!!! ammaa....
ni, kali ni head of department food n beverages pulak!!!
adik, apa kess?!!
2 resit kitchen hilang?! mana kamu letak adik?
belum tua lagi tu.... tak boleh ingat ka...?
berapa harga?! RM300 setiap satu?!
apalagi, bayar lar.. tolak lu punya gaji ini bulan... RM600 tu.. banyak tu..
tak boleh kah? kenapa?

hah?! duit petty cash department kamu pun hilang?!
kotak duit pun hilang jugak?! ammma... ini kes berat ..

jangan2 lepas ni nanti kamu pulak hilang....!!!

[bersambung...]

23 Jun 2009

bismillah...

seminggu lalu, petang ada temujanji dengan x-boss yang tiap tahun bertanya bilakah saya dan suami akan dapat sertai kumpulan syarikat dia.
sebaik dia dapat tau kami telah berhenti kerja, telah banyak kali dia telefon tapi kami tidak menjawabnya. entahlah kenapa, mungkin masih mau berehat atau belum bersedia untuk berkhidmat dengannya sehingga petang semalam rasa kasihan pula dan ingin memberikan peluang kepadanya dan kepada diri kami sendiri.
aneh pakcik sorang ni! dia tak pernah mau mengaku setiap panggilan yang dibuat ke nombor suami saya itu disengajakan.
mananya terdial!! tak apalah boss... apa-apa je!

kini telah lebih 3 bulan kami "menganggur". masa yang kosong benar2 dimanfaat untuk berehat dan bersenang-lenang sepuas-puasnya.
suami saya sibuk menyiapkan stor belakang rumah sepanjang masa terluang (sebenarnya hingga kini masih belum dapat siap sepenuhnya, syukurlah hanya tinggal untuk lanskap pokok2 buluh dan hiasan taman).
saya? ternyata saya tidak sesuai menjadi seorang surirumahtangga! tidak pandai mengemas, tidak pandai melakukan banyak kerja2 seorang surirumah.
tiap pagi saya ke rumah mak. hantar dan ambil anak2 ke/dari sekolah. itupun selalunya adik saya lakukannya tanpa saya. memasak untuk semua orang! hehehe... lama juga tak memasak. tapi ok lah.. tapi saya sangat bosan dengan rutin begini!
kebanyakan masa saya dan suami bawa anak2 melancong! ke pulau redang, lumut, gua tempurung, sg klah, cameron highland, melaka, johor bahru atau mana2 saja... waktu itu terasa seperti nak kerja di resort saja.. bagaimana rasanya!

berbalik ke temujanji dengan x-boss

kami sangka dia terlupa akan janji untuk berjumpa pada petang ini. al-maklumlah dia sangat sibuk dan kami tidak serius ketika menjawab panggilan beliau yang kesekian kali semalam. rupa2nya pagi2 buta dia dah telefon kami dan ingatkan tentang pertemuan pada petang ini.

*********************************************************************
kami tiba di pejabat sementara beliau di terminal one sebelum waktu dijanjikan. berjalan-jalan sana sini melihat bangunan hotel beliau yang masih dalam pembinaan.

**********************************************************************

itu kisah seminggu lalu. saya tak tau kenapa rancangannya di mana sepatutnya suami saya bertugas di port dickson telah bertukar tempat dengan saya yang dijanjikan di pejabat beliau.

***********************************************************************
kami didesak untuk terus memulakan tugas pada hari ini. tapi, kami tidak bersetuju kerana ingin melihat-lihat persekitaran tempat dan suasana bekerja di kedua-dua tempat di seremban dan resort di PD.

**************************************************************************
tengahari, suami saya memandu ke tempat saya bakal bekerja di Port Dickson.
cantik tempatnya.. suasana nyaman dan aman! (dah banyak kali pun saya tengok tempat ni, tapi tak pernah singgah).
persekitaran membangkitkan semangat dan ketenangan.

sampai di lobi, kami telah ditunggu beberapa pekerja yang membawa saya terus ke pejabat yang bakal saya duduki. bilik agak luas tapi tidak terurus.
saya menyerahkan beberapa dokumen dan cek dari pejabat induk di seremban kepada bakal pembantu saya untuk diuruskan.
sementara menunggu resort manager yang menguruskan tempat ini, saya mengambil kesempatan melihat-lihat dokumen dan fail di komputer. adui!!! banyak betul urusan top-urgent yang perlu dibereskan, terutama pembayaran kepada pihak kastam yang tidak boleh ditangguh lagi. kelewatan sehari saja telah mengakibatkan denda 10% dikenakan. ini sudah lebih dari AH LONG lar wahai kerajaan Malaysia!!!

tidak lama kemudian, tiba resort manager memperkenalkan diri dan membawa saya masuk ke biliknya. MENGHAIRANKAN!!! terlalu banyak perkara yang dimaklumkan kepada saya.. ternyata, para pekerja di sini bercakaran dan "berbunuhan" sesama sendiri termasuk pengendali resort sendiri!!! masyaALLAH... apa nak jadi bangsa saya nih! patutlah boss saya tu beriya-iya nak saya kerja di sini dan meminta saya buat sesuatu membetulkan keadaan. soal wang hilang di mana-mana jabatan juga berlaku. seolah-olah mereka tidak diselia dengan betul.
saya telah dimaklumkan boss itu terlebih awal bahawa mereka telah mempunya sistem yang baik dan lengkap. jika begini, pastinya sistem tidak dipraktik dengan betul.
bahkan pekerja bertukar-ganti hampir setiap hari. apa masalah kak, adik2?

**************************************************************************
patutlah boss tu bimbang sangat saya tak jadi kerja dengan dia bila saya katakan saya nak tengok2 dulu tempat dan persekitaran sebelum mula kerja!!!

**************************************************************************